Less Than Evil - Korean Drama Review
Drama lakonannya sebelum ini iaitu Pied Piper (2016) juga sangat best okey, sila layan drama tu juga okey sebab jalan ceritanya best. Aku tak pernah tengok drama Luther tu, so tak dapatlah nak buat perbandingan ke apa ke, tapi rasanya jalan cerita tu maybe diorang ada tukar sikit - sikit, tapi masih mengekalkan fokus utama drama tersebut mengenai watak polis dan juga seorang psychopath wanita. Rasanya ini kali pertama aku melihat Park Ho San memegang watak jahat dalam drama ini iaitu sebagai detektif yang jahat, tidak amanah dan mengamalkan korupsi. Sebelum ini aku dah biasa tengok dia bawa watak komedi seperti dalam drama Prison Playbook, My Mister dan lain - lain lagi. kemudian dalam drama lain nampak dia start bawa watak - watak serius pula seperti jadi pendakwaraya yang tegas, hartawan dan sebagainya. Sekarang ni dia start ambik watak jahat pula hahaha, versatil sungguh kan. Korean Drama Less Than Evil ini mengisahkan detektif Woo Tae Suk (Shin Ha Kyun) yang obses untuk menangkap penjenayah, dia akan melakukan apa saja cara untuk menangkap penjenayah, walaupun kadang - kadang cara yang digunakan bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh detektif lain. Sebenarnya Woo Tae Suk tidak minat pun nak jadi polis, tapi disebabkan rasa bersalahnya terhadap seorang saksi dan juga mangsa bernama Bae Yeo Wool menyebabkan dia berazam untuk mengorbankan segalanya demi menangkap penjenayah.
Salah satu penjenayah yang paling dia nak tangkap adalah Jang Hyung Min (Kim Gun Woo) yang merupakan pembunuh bersiri yang kini menjadi pendakwaraya. Jang Hyun Min ini juga adalah penyebab Bae Yeo Wool hilang dan Woo Tae Suk yakin kemungkinan besar Bae Yeo Wool dah mati dibunuh oleh Jang Hyung Min namun mayatnya masih tidak dijumpai. Geram dengan Jang Hyung Min yang masih bebas, Woo Tae Suk membuat satu rancangan licik untuk menangkap Jang Hyun Min dan berazam akan membunuh Jang Hyun Min dengan tangannya sendiri. Dalam masa yang sama Woo Tae Suk turut menghadapi masalah dengan isterinya Kim Hae Joon yang ingin bercerai dengan Woo Tae Suk. Satu -satunya cara untuk Woo Tae Suk menyelamatkan rumahtangganya adalah dengan berhenti kerja kerana Kim Hae Joon tidak menyukai kerja Woo Tae Suk yang berbahaya itu. Jang Hyun Min kemudiannya koma dan Woo Tae Suk ingin berhenti kerja, namun tiba - tiba Woo Tae Suk dinaikkan pangkat pula dan mempunyai satu team khas yang akan diketuainya. Hal ini menyebabkan rumahtangga Woo Tae Suk makin bermasalah, dalam hal yang lain Woo Tae Suk dan pasukannya menyiasat satu kes baru mengenai kematian sepasang suami isteri yang dibunuh. Anak pasangan tersebut iaitu Eun Sun Jae (Lee Seol) yang juga merupakan seorang wartawan menjumpai mayat ibu bapanya yang dibunuh dan melaporkan perkara tersebut pada polis.
Ketika sesi soal siasat, Woo Tae Suk mendapati yang Eun Sun Jae sebenarnya seorang psychopath dan yakin Eun Sun Jae adalah suspek utama kes pembunuhan tersebut. Ketika memprovoke Eun Sun Jae, Woo Tae Suk sangat terkejut bila mendapati barang peribadi Bae Yeo Wool itu dimiliki oleh Eun Sun Jae. Awalnya Woo Tae Suk ingat Eun Sun Jae yang membunuh Bae Yeo Wool, namun Eun Sun Jae memberitahu yang dirinya mengalami kemalangan dan kemudian wajahnya berubah akibat dibedah selepas kemalangan tersebut. Akhirnya Woo Tae Suk membuat ujian DNA ke atas Eun Sun Jae dan sangat terkejut apabila mengetahui Eun Sun Jae sebenarnya adalah Bae Yeo Wool. Eun Sun Jae telah hilang ingatan dan langsung tidak mengingati apa - apa mengenai Bae Yeo Wool. Woo Tae Suk makin rasa bersalah pada Eun Sun Jae kerana dia yakin yang dirinya adalah penyebab kepada nasib malang serta punca Eun Sun Jae berubah menjadi psychopath. Woo Tae Suk kemudian menghentikan siasatannya terhadap kes pembunuhan ibu bapa angkat Eun Sun Jae itu kerana tak sanggup nak tengok Eun Sun Jae / Bae Yeo Wool masuk penjara. Selepas itu keadaan mula makin rumit dan kacau bilau apabila Jang Hyun Min dan Eun Sun Jae bertemu, tambah - tambah dua - dua pun psychopath dan Woo Tae Suk terperangkap di tengah - tengah dua orang psychopath ni hehehe.
Keadaan makin parah bila Jang Hyun Min berjaya melepaskan diri dari pemantauan polis dan berazam ingin membuat Woo Tae Suk terus menderita dengan membunuh orang - orang yang dekat dengan Woo Tae Suk. Apa yang berlaku seterusnya? Dapatkah Eun Sun Jae memaafkannya setelah ingatannya kembali? Adakah benar Eun Sun Jae membunuh ibu bapa angkatnya itu? Adakah Eun Sun Jae dan Woo Tae Suk mampu berbaik semula setelah semua rahsia terbongkar? Apa salah Woo Tae Suk pada Bae Yeo Wool itu? Itu adalah serba sedikit sinopsis drama Korea Less Than Evil ini. Walaupun Eun Sun Jae seorang psychopath tapi aku suka dengan karakternya yang bijak, berani, tenang, gila - gila dan tidak lembik. Malah dia slumber dan berani berdepan dengan Jang Hyun Min yang pernah cuba untuk membunuhnya dulu. Eun Sun Jae sentiasa ingin tahu mengenai kisah silamnya dulu, namun Woo Tae Suk tak nak beritahunya, maka dia terpaksa mencari Jang Hyun Min dan memaksanya untuk menceritakan perkara sebenar serta perkaitan antara mereka. Selain tu nampak Eun Sun Jae ni juga macam ada hati pada Woo Tae Suk tapi awalnya aku tak pasti sangat sampailah ke episod akhir baru aku sure yang Eun Sun Jae memang crush pada Woo Tae Suk tapi Woo Tae Suk pula berbeza, dia cuma rasa amat bersalah pada Eun Sun Jae saja. Tapi aku suka juga tengok Eun Sun Jae yang sentiasa ambil berat dan menolong Woo Tae Suk untuk menangkap penjenayah lain.
Bila Woo Tae Suk tengah down dan meragui kemampuan dirinya, Eun Sun Jae ni lah yang datang culik Woo Tae Suk pastu bagi kata - kata semangat hahaha. Aku suka tengok part Woo Tae Suk dan Eun Sun Jae berbaik - baik dan bekerjasama tu, memang gabungan diorang meletop gitu. Korang akan memang akan geram tengok Jang Hyung Min tu, bertambah geram tengok polis yang bersubahat dengan Jang Hyun Min tu iaitu Jeon Choon Man. Selain itu jalan cerita drama ini juga agak unik apabila watak penjahat utama dalam drama ini tak dilanjutkan hingga ke episod - episod akhir seperti drama - drama lain. Sebaliknya dalam episod 21 - 22 kisah penjahat utama tu dah tamat. Kemudian jalan cerita mula fokus beberapa kes baru dan penjahat baru, kemudian jalan cerita disambung dan berbalik semula pada kisah Eun Sun Jae dan kes pembunuhan ibu bapanya serta misteri pembunuhan tersebut mula dirungkai. Lagu tema / OST Korean Drama Less Than Evil ini boleh tahan juga, manakala ending drama Korea Less Than Evil agak open ending juga. Penonton kena buat kesimpulan sendiri apa sebenarnya yang berlaku dan apa yang akan berlaku pada Eun Sun Jae dan Woo Tae Suk tu. Adakah diorang akan jadi musuh?, berbaik? hahaha. Kalau ada season 2 pun best juga kan tapi macam mustahil juga nak ada season 2 sebab bukan senang nak kekalkan pelakon utama untuk berlakon next season kan. Apa pun aku suka dengan drama ini, memang syok layan, penuh suspen gitu, ada plot twist semua. Pendek kata drama ni best dan aku bagi 9/10 Bintang untuk drama ini.
(Blog Miss Banu Story)
Jom Baca ini juga ➔ Sinopsis Filem Bikers Kental 2
➔ Apa Yang Aku Beli Guna Duit Google Adsense
0 komentar:
Posting Komentar