Feel Good To Die - Korean Drama Review
Lama tak buat review drama Korea, banyak dah ketinggalan ni hehe, jadi tanpa membuang masa lagi, hari ini aku nak buat review drama Korea Feel Good To Die. Drama ini adalah adaptasi daripada web comic dan bergenre komedi n fantasi. Antara pelakon drama Korea Feel Good To Die ini adalah Kang Ji Hwan, Baek Jin Hee, Gong Myung, Ryoo Hyoun Kyoung, Kim Min Jae, Jung Min Ah, Park Sol Mi, In Gyo Jin, Jo Han Chul dan ramai lagi. Selain itu drama ini mempunyai 32 episod, disiarkan di channel KBS bermula 7 November 2018 dan tamat episodnya pada 27 Disember 2018 yang lalu. Korean Drama Feel Good To Die ini disiarkan bagi menggantikan drama The Ghost Detective dan kemudian akan digantikan dengan drama Liver Or Die. Lebih menarik bila Baek Jin Hee turut menang anugerah "Excellent Actress (Mini Series) serta In Gyo Jin juga turut menang Best Supporting Actor menerusi drama ini dalam 2018 KBS Drama Awards yang lalu. Masa tengok Behind The Scene drama ini, aku rasa kemungkinan besar drama ini boring sebab ianya berlatarbelakangkan pekerja dan majikan di tempat kerja gitu. Bila dah start tengok drama ini, agak mengejutkan juga bila drama ni best pula dan aku terhibur menonton drama Korea Feel Good To Die ini. Malah ada beberapa scene dalam drama ini berjaya buat aku ketawa dan juga bersedih hehe. Pemilihan pelakon juga tepat dan bersesuaian dengan watak masing -masing.
Pelakon Kim Sun Ho, Kim Won Hae, Yoo Min Sang, Kim Bo Jung turut membuat kemunculan istimewa (cameo) dalam drama ini. Drama Korea Feel Good To Die mengisahkan tentang Baek Jin Sang (lakonan Kang Ji Hwan) yang merupakan Team Leader di bahagian Marketing, dia terkenal dengan personalitinya yang tegas, suka membuli pekerja, cakap lepas, sombong dan sentiasa percaya yang dirinya sentiasa betul. Pekerja - pekerja di bahagian Marketing Team seperti Lee Roo Da (Baek Jin Hee), Choi Min Joo, Lee Jung Hwa dan lain - lain sememangnya sentiasa tertekan. takut dan sering dimarahi oleh Baek Jin Sang. Mereka yang bekerja dengan Baek Jin Sang itu sentiasa mengutuknya dan mengkritiknya, mereka berdoa dan mengharapkan agar Baek Jin Sang cepat mati supaya hidup mereka lebih aman. Lee Roo Da juga berasa amat marah pada Baek Jin Sang dan mengharapkan Baek Jin Sang itu mati dan akhirnya impiannya tercapai bila Baek Jin Sang benar - benar mati di depan matanya. Keesokkannya Lee Roo Da bangun dari tidur dia mendapati dirinya berada pada hari yang sama seperti semalam dan hari tersebut terus berulang manakala Baek Jin Sang juga masih hidup dan sihat seperti biasa. Akhirnya Lee Roo Da yakin yang dirinya dah terperangkap dalam time loop. Pelbagai cara yang dilakukannya untuk keluar dari time loop tapi tak berjaya, sehinggalah suatu hari bila Baek Jin Sang mula sedar yang dirinya juga terperangkap dalam time loop.
Akhirnya Baek Jin Sang dan Lee Roo Da terpaksa bekerjasama dan saling membantu untuk keluar dari time loop itu. Lee Roo Da juga cuba mengubah sikap dan personaliti Baek Jin Sang untuk jadi lebih baik, supaya mereka dapat keluar dari time loop itu. Apa sebenarnya yang membuatkan mereka berdua terperangkap dalam time loop itu? serta bagaimana cara untuk keluar dari time loop itu?. Itu adalah serba sedikit sinopsis drama Korea Feel Good To Die ini. Banyak scene kelakar dalam drama ini, terutamanya bila wujud cinta tiga segi antara Baek Jin Sang, Lee Roo Da dan Kang Joon Ho (Gong Myung). Aku tak leh blah dengan sikap perasan dan terlebih confident Baek Jin Sang ni bila dia yakin giler yang Lee Roo Da tu ada hati kat dia hahaha. Bila dia sedar yang Lee Roo Da dan Kang Joon Ho dah start nak bercinta, mulalah dia meroyan dan cuba gagalkan romantic date diorang tu hehe. Selain tu Kang Joon Ho ni pun lawak gak bila dia mengikut je kemana pun Lee Roo Da ni pergi, walaupun terpaksa turun pangkat sekejap untuk bekerja di restoran dan menggoreng ayam tapi dia sanggup asalkan ada Lee Roo Da. Drama ini turut menyentuh hal - hal dan isu - isu pekerja di syarikat MW Chicken seperti isu pekerja kontrak, isu nak tubuhkan persatuan pekerja, isu kenaikan gaji, isu buang pekerja dan sebagainya.
Scene - scene sedih dalam drama Feel Good To Die ini juga terbaik especially scene ketika Baek Jin Sang dengan seikhlas hati meminta pertolongan Lee Roo Da serta diiringi dengan linangan air mata tu memang sebak kot. Satu lagi scene bila Baek Jin Sang benar - benar sedih dan kecewa bila insan yang dia sayang tu mati memang wow, rasa nak menangis sekali kot. In Gyo Jin yang melakonkan watak Kang In Ha juga memberikan lakonan yang terbaik iaitu sebagai majikan yang jahat tapi sikapnya tu kadang - kadang agak lawak juga bila berdepan dengan situasi yang tak dijangka. Drama ini juga bertambah menarik bila ending drama Korea Feel Good To Die ini tak mengikut seperti dalam web comic itu. Kiranya drama ini tak ikut ending asal sebaliknya ada ending yang berbeza, maybe sebab ikut kehendak penonton yang inginkan ending yang lebih happy ending gitu. Aku rasa diorang buat keputusan tepat dengan memberi ending yang berbeza dari web comic, sebab kalau diorang ikut ending asal, maybe ianya akan jadi sad ending kot. Lagu tema / OST Feel Good To Die ini boleh tahan juga, aku suka lagu rancak dalam drama ini, sesuai dengan jalan cerita. Pendek kata memang syok layan drama ni, aku bagi 8.8/10 bintang untuk drama ini.
Baca ini juga ➔ Bila Pelakon Korea Park Bo Gum Nyanyi Lagu Melayu!
(Blog Miss Banu Story)
0 komentar:
Posting Komentar