Sinopsis Drama Encik Imam Ekspres Slot MegaDrama Astro Ria
Drama Encik Imam Ekspres telah mula disiarkan di slot MegaDrama Astro bermula 11 Mac 2019 yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama 14 episod ini disiarkan bagi menggantikan drama Senafas Rindu lakonan Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Encik Imam Ekspres ini adalah Nelydia Senrose, Fikry Ibrahim, Isaac Iman, Ben Amir, Nafiz Muaz, Ruzana Ibrahim, Elisya Sandha, Sherry Ibrahim, Faiz Nor, Anne Abdullah, Badrul Muhayat, Raja Azmi, Daler Yusuf, Adrianna Qasmia dan ramai lagi. Selain itu drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Dia...Encik Imam Ekspres karya novelis Cik Tet dan drama ini Encik Imam Ekspres ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Sebelum Ini Fikry Ibrahim dah pernah bergandingan dengan Uqasha Senrose, kali ini bergandingan pula dengan adik Uqasha si Nelydia pula hehehe. Apa pun nampak menarik juga drama ini, jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Diya (Nelydia Senrose) pulang ke Malaysia setelah lama menghilangkan diri apabila pertunangannya dibatalkan oleh Iyad (Ben Amir). Diya menumpang dirumah rakannya, Atun (Elisya Sandha) yang juga adik kepada Iyad dan Ajim (Fikry Ibrahim). Diya pulang bersama Atun ke kampung untuk majlis aqiqah anak Myza (Sherry Ibrahim) dan bertemu semula dengan keluarga angkatnya. Sementara itu, Ajim selalu menghantar anak angkatnya, Awish (Isaac Iman) ke rumah keluarganya. Dengan kehadiran Diya, hidup Awish lebih bermakna sehingga mahu memanggilnya Umi, menyebabkan Ajim lebih tekad untuk rapat dengan Diya. Iyad yang mengetahui kepulangan Diya juga pulang ke kampung. Kepulangan Iyad, membuat Ajim kekok tetapi tidak menghalangnya untuk mendekati Diya. Apa yang berlaku seterusnya?.
Lagu Tema / OST Encik Imam Ekspres
➔ Bidadari nyanyian Ismail Izzani
➔ Sempurna nyanyian Naim Daniel
➔ Sekali Lagi nyanyian Naim Daniel
➔ Yang Pertama nyanyian The Faith
Jom Baca Ini juga ➔ Novel Encik Imam Ekspres Karya Cik Tet
0 komentar:
Posting Komentar