Something In The Rain - Korean Drama Review
Seperti biasa hari ini aku nak buat review drama Korea Something In The Rain / Pretty Sister Who Buys Me Food yang dilakonkan oleh Son Ye Jin, Jung Hae In, Jang So Yeon, Oh Ryong, Wi Ho Joon, Kil Hae Yeon, Jung Eugene dan ramai lagi. Drama ini memang pasal kisah cinta gitu dan banyak scene - scene sweet dan cintan - cintun. Drama ini disiarkan di channel JTBC pada 30 March 2018 dan tamat pada 19 Mei 2018. Korean Drama Something In The Rain ini disiarkan bagi menggantikan drama Misty dan kemudian akan digantikan dengan drama baru yang bertajuk Sketch. Bagi penggemar kisah cinta memang sesuailah menonton drama ini, ikutkan aku pun bukanlah peminat drama - drama cinta ni dan aku hampir - hampir nak drop drama ini dari list aku. Tapi bila tengok sampai episod 3 tu terus terminat pula nak tengok bila hero dan heroin drama ini baru nak mula bercinta dan aku nak tahu juga sejauh mana hubungan mereka boleh bertahan sebab memang akan banyak halangan sebab perbezaan usia diorang serta halangan dari ibu Yoon Jin Ah tu sendiri.
Antara tarikan utama drama Korea Something In The Rain ini adalah keserasian pelakon utama drama ini iaitu Son Ye Jin dan Jung Hae In. Nampal macam real pula diorang bercinta tu sebab tak nampak macam berlakon pun hahaha. Selain itu ada juga scene - scene yang aku rasa clisye dalam drama ini terutamanya bila watak Yoon Jin Ah lakonan Son Ye Jin itu sering dipaksa untuk kahwin cepat sebab umur dia dan 30 lebih. Plus aku agak benggang juga dengan sikap Yoon Jin Ah di permulaan cerita sebab nampak lemah dan sering dibuli oleh orang atasannya di tempat kerja. Paling teruk sampai ke tahap gangguan seksual tu, tapi Yoon Jin Ah sabar dan terus berdiam diri. Dia cuma berani melawan bila dia dah start bercinta dengan Seo Joon Hee lakonan Jung Hae In tu. Selain itu aku juga agak annoying dengan sikap mak Yoon Jin Ah yang nak kan bakal menantu yang kaya raya, berasal dari keluarga yang baik dan dihormati. Scene mak Yoon Jin Ah menentang habis - habisan perhubungan anaknya itu dengan Seo Joon Hee tu memang dasyat gak la. Sebab mak Yoon Jin Ah memang tak suka Seo Joon Hee walaupun dia dah kenal Seo Joon Hee dan keluarga Seo Joon Hee tu sejak dari S.Joon Hee tu kecil lagi. Seo Joon Hee anak yatim, tidak kaya raya dan masih muda jadi dia tak nak Seo Joon Hee jadi menantunya.
Scene paling aku suka dalam drama Something In The Rain ini bila Yoon Jin Ah dan Seo Joon Hee tu baru - baru nak mula bercinta tu. Kemudian scene ketika pertama kali mak Yoon Jin Ah dapat tahu yang anaknya tu bercinta dengan Seo Joon Hee tu memang giler dan lawak juga. Reaksi mak Yoon Jin Ah tu memang terkejut sampai pi pukul anak bongsu kesayangannya tu iaitu Yoon Seung Ho sebab dapat tahu anak bongsunya tu pun bersubahat menyokong percintaan kakaknya itu. Sedangkan sebelum ni mak diorang tu sayang betul dan manjakan Yoon Seung Ho itu. Aku juga ada skip beberapa episod juga drama ini atau pun just baca sinopsis untuk episod - episod tertentu drama ini sebab rasa malas nak tengok haha tapi teringin nak tahu apa penyudahnya jalan cerita drama ini. Drama ini bukanlah favorite aku sebab aku lebih sukakan drama - drama yang bergenre misteri dan suspen. Tapi sekali sekala layan drama yang bergenre sebegini apa salahnya kan hehe. Ending drama Korea Something In The Rain ini memang happy endinglah kan, walaupun ada pelbagai halangan yan terpaksa ditempuhi sampai diorang berpisah sekejap. Tapi kalau dah jodoh tak ke mana kan hehe, apa pun aku bagi 6.3/10 bintang untuk drama ini.
Jom Baca ini juga ➔ Sinopsis Penuh Drama Korea Something In The Rain
0 komentar:
Posting Komentar