Sinopsis Drama Dia Lakonan Janna Nick Dan Irwansyah (TV3)
Assalammualaikum..
Drama Eksklusif di TV3 yang bertajuk Dia telah pun mula disiarkan pada 14 Oktober 2017 yang lalu, setiap Jumaat hingga Ahad. Drama Dia ini mempunyai 60 episod dan boleh dikatakan antara drama Melayu yang terpanjang episodnya di TV3. Lebih menarik lagi, apabila drama Dia ini juga menggabungkan pelakon Malaysia dan juga pelakon Indonesia. Pelakon Drama Dia ini terdiri daripada Janna Nick, Irwansyah, Izara Aishah, Adi Putra, Sandrinna Michelle Skornicki, Aleza Shadan, Zamarul Hisham, Emma Maembong, Farouk Hussain, Fazlina Ahmad Daud, Tash Yong, Taib Zamannuri, Mawar Rashid, Kevin Andrean, Juliana Moechtar dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan secara bersama oleh Eoon Shuhaini, Omar Olly Alaydrus dan Zamri Zakaria serta diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd dan Limelight Pictures. Aku juga ada tengok episod awal drama ini, memang nampak menarik drama ini, Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Sinopsis Drama Dia (TV3)
Mengisahkan Adit, seorang pemuda jujur dan rajin yang telah menerima surat wasiat arwah bapanya. Adit bakal mewarisi empayar perniagaan di Malaysia dan telah dipaksa berkahwin dengan anak kenalan ayahnya di Malaysia. Biarpun Adit sudah punya pilihan hati, tetapi dia terpaksa akur dengan keputusan ayahnya demi mereliasikan impian ayahnya itu. Adit (Irwansyah) telah dijodohkan dengan Emelda (Izara Aishah), walaupun Adit sebenarnya amat mencintai Aira (Janna Nick). Oleh kerana patah hati, Aira telah membawa diri ke tempat lain dan bekerja sebagai seorang penulis. Adit berusaha untuk menjaga dan memberi kasih sayang kepada Emelda dengan sepenuh hati.
Namun, jodohnya dengan Emelda tidak berpanjangan apabila isterinya itu meninggal dunia ketika melahirkan bayi sulung mereka yang diberi nama Icha Aulia (Sandrinna Michelle Skornicki). Pada masa yang sama, Adit harus berdepan ujian untuk merapatkan hubungan Icha dengan keluarga arwah isterinya. Konflik bertambah apabila Adit bertemu semula dengan Aira, wanita yang pernah dicintainya sebelum dia membina rumahtangga bersama Emelda. Walaubagaimanapun, Aira kini rapat dengan Zaid (Adi Putra) yang telah lama mendambakan cinta Aira. Pelbagai rintangan dan dugaan harus dilalui Adit. Adakah dia cukup tabah untuk mengharungi kesemua ujian yang menimpa hidupnya ini? Apakah kesudahannya? Adakah Aira dan Adit akan bersatu juga akhirnya?.
Lagu Tema / OST Dia
Tajuk Lagu ⏩ Dia Nyanyian Dayang Nurfaizah
0 komentar:
Posting Komentar