Sinopsis Drama Filipina Ysabel (Telenovela TV3)
Assalammualaikum..
Drama Filipina Ysabel atau Sa Piling Ni Nanay telah mula disiarkan di Slot Telenovela TV3 bermula 10 Julai yang lalu menggantikan drama Glamorosa yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan Yasmien Kurdi-Soldevilla, Katrina Halili, Mark Herras Jillian Ward, Gabby Eigenmann dan ramai lagi. Drama Filipina Ysabel ini telah pun disiarkan di Filipina pada bulan June 2016 hingga Januari 2017, ini bermakna drama ini masih baru lagi dan kini dah disiarkan di Malaysia. Drama ini akan disiarkan di Tv3, pada hari Isnin hingga Khamis, jam 3 petang dan bergenre romantik, aksi, jenayah dan dendam. Bila tengok sinopsis drama ini, aku teringat pula kat filem Hindustan Chori Chori Chupke Chupke hahaha, sebab fokus utama jalan ceritanya berkisarkan tentang Ibu Tumpang dan Ibu Angkat tapi jalan cerita kedua - duanya memang berbezalah kan. Ada sesiapa tak yang tengok drama ini?, pastinya drama Ysabel ini atau tajuk sebenarnya drama ini adalah Sa Piling Ni Nanay akan membuai emosi penonton, manakala Ysabel adalah nama watak heroin cerita ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama Ysabel ini di bawah ye.
Dapatkan Ebook Fanpage Superstar untuk mengetahui rahsia dan teknik untuk berniaga di Facebook dengan berkesan dan menguntungkan KLIK SINI ➔ FanpageSuperstar.com
Sinopsis Drama Filipina Ysabel (Telenovela TV3)
Mengisahkan tentang Ysabel yang merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Maymay. Ysabel bekerja sebagai pembantu peribadi pada Scarlet dan sangat menyayangi anaknya Maymay, walaubagaimanapun Maymay menghidapi Kanser dan memerlukan rawatan pemindahan tulang sumsum. Ini menyebabkan Ysabel perlu mencari wang secepat mungkin untuk membiayai kos rawatan anaknya itu. Majikannya iaitu Scarlet tidak boleh mengandung dan menyakinkan Ysabel untuk menjadi Ibu Tumpang dan melahirkan anaknya. Ysabel yang terdesak kerana memerlukan wang untuk anaknya, akhirnya bersetuju. Ketika Ysabel hampir melahirkan bayi tersebut, Maymay telah meninggal dunia akibat kemalangan. Ysabel menjadi kemurungan akibat perkara itu. Tidak lama kemudian, bayinya dilahirkan dan diberi nama Katherine.
Disebabkan rindu kepada Maymay, Ysabel ingin menjaga bayi yang dikandungnya itu, tetapi dihalang Scarlet sekeluarga. Scarlet sebenarnya bukanlah ingin menjadi ibu, tetapi dia hanya menuruti kehendak ibu mertuanya yang inginkan cucu. Kerana marah dengan sikap acuh tak acuh Scarlet terhadap anaknya, Ysabel membuat keputusan melarikan bayi tersebut. Bayi itu diberi nama sebagai Maya, sempena nama anaknya yang telah mati, Maymay. Suami Scarlet iaitu Jonas mempunyai perasaan cinta pada Ysabel tetapi cintanya mula berubah menjadi benci dan marah apabila Ysabel mengambil dan melarikan anak Scarlet itu. Bermulalah perebutan antara Ysabel dan Scarlet untuk mendapatkan anak mereka iaitu Maya. Siapakah yang akan dipilih oleh Maya untuk menjadi ibunya? Apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Jonas aka jatuh cinta kembali pada Ysabel?
0 komentar:
Posting Komentar