Tunnel - Korean Drama Review
Assalammualaikum..
Hari ini aku nak buat review drama Korea yang bertajuk Tunnel, drama ini dah lama habis cuma baru sekarang sempat nak buat review. Drama Korea Tunnel ini mempunyai 16 episod dan dilakonkan oleh Choi Jin Hyuk, Yoon Hyun Min, Lee Yoo Young, Jo Hee Bong, Kim Byung Chul, Kang Ki Young, Lee Shi A, Kim Min Sang dan ramai lagi. Korean Drama Tunnel ini release pada 25 Mac dan tamat pada 21 Mei 2017, ianya disiarkan bagi menggantikan drama Voice dan kemudian akan digantikan dengan drama Duel. Aku suka dengan idea drama ini yang menggunakan terowong sebagai perantaraan antara tahun 1986 dan 2017 dan bagaimana Detektif Park Kwang Ho boleh merentas masa secara ajaibnya dari tahun 1986 ke tahun 2017 menggunakan terowong tersebut untuk menangkap pembunuh bersiri. Cara diorang menggambarkan zaman 80 an dulu - dulu juga menarik, aku rasa semua pelakon drama ini memang mempamerkan lakonan terbaik diorang hehehe. Aku hampir tak cam pelakon Kim Byung Chul yang menjadi polis dalam drama ini adalah orang yang sama berlakon watak jahat dalam drama Goblin itu. Begitu juga dengan pelakon Kim Min Sang yang memegang watak jahat dalam drama ini tapi sebenarnya adalah orang yang sama yang melakonkan watak komedi dalam drama Chief Kim / Good Manager.
Selain itu, watak jahat dalam drama ini iaitu Mok Jin Woo merupakan pembunuh bersiri tapi ianya berselindung dan menukar identiti menjadi Medical Examiner dan berkhidmat dengan polis. Hal ini mengingatkan aku dengan drama Korea Hello Monster / I Remember You, dimana watak jahat dalam drama tersebut turut menjadi medical examiner dan berada dekat dengan polis. Awalnya agak annoying juga dengan watak detektif Kim Sun Jae yang sombong dan kurang peramah itu, begitu juga dengan watak Shin Jae Yi yang agak misteri dan pelik tu. Sifatnya yang dingin, pelik dan misteri itu menimbulkan tanda tanya gitu, pandai diorang pilih pelakon sebab sesuai betul personaliti watak tersebut dengan raut wajah pelakonnya. Antara scene yang aku suka dalam drama ini adalah ketika scene Park Kwang Ho berasa pelik dan awkward dengan segala teknologi yang wujud di tahun 2017 ini, maklumlah dia kan berasal dari zaman 1986. Part paling kelakar bila dia terperanjat betul bila dengar suara GPS dalam kereta Sun Jae tu hahaha. Scene ketika Park Kwang Ho reunion semula dengan juniornya iaitu Jeon Sung Sik itu juga best, sebab Sung Sik pada tahun 2017 dah agak berusia berbanding Park Kwang Ho yang kekal muda dan kacak hehe.
Aku juga suka dengan twist yang ada dalam drama ini, contohnya Shin Jae Yi yang pelik itu sebenarnya adalah anak tunggal Park Kwang Ho. Manakala Kim Sun Jae pula adalah anak kepada mangsa bunuh yang disiasat oleh Park Kwang Ho pada tahun 1986, ketika itu Kim Sun Jae masih kecil lagi. Selain itu scene ketika Kim Sun Jae syak Park Kwang Ho adalah penipu itu juga sangat mendebarkan bila Park Kwang Ho terpaksa menerangkan perkara sebenar yang susah untuk dipercayai oleh semua orang kerana penerangannya tidak masuk akal iaitu dia datang dari zaman lampau. OST Tunnel ini boleh tahan juga terutamanya lagu - lagu background untuk scene - scene suspen, manakala ending drama ini memang happy endinglah kan sebab pembunuh bersiri telah dapat ditangkap dan Park Kwang Ho juga dapat pulang ke zamannya, cuma sedih sikitlah masa Park Kwang Ho nak berpisah dengan juniornya itu, serta Sun Jae dan anak perempuannya itu. Apa pun aku bagi 8 Bintang dari 10 bintang untuk drama Korea Tunnel ini.
0 komentar:
Posting Komentar