Baca Online Novel Hero Seorang Cinderella (Drama Adaptasi Novel)
Assalammualaikum..
Dah banyak Novel karya novelis Anjell telah diadaptasikan menjadi drama bersiri antaranya adalah Eksperimen Cinta, Tundukkan Playboy Itu dan Suamiku Paling Sweet. Terbaru sekali Novel Hero Seorang Cinderella akan dijadikan drama dan disiarkan di Astro Ria. Rasanya semua pun tahu kot, yang Fattah Amin akan menjadi hero drama adaptasi novel ini iaitu sebagai watak Tengku Ian Uzzam. Neelofa awalnya dipilih untuk menjadi heroin drama ini namun atas sebab - sebab tertentu ianya tidak dapat dilakukan dan akhirnya watak Nura Medina menjadi milik Fazura. Lagi pun memang lama Fazura tak berlakon drama bersiri selalunya Fazura berlakon filem saja. Kalau aku tak silap kali terakhir Fazura berlakon drama bertajuk Kisah Cinta (Tv3) sekali dengan Shaheizy Sam masa tu. Rindu juga nak tengok Fazura berlakon drama pula kan, plus Fattah Amin dan Fazura sama - sama menang masa Anugerah Bintang Popular hari itu, jadi makin ramai pula tak sabar nak tengok gandingan Fattah dan Fazura pula. Zizie Izette akan melakonkan watak Puan Sri Mawar manakala Uqasha Senrose akan melakonkan watak sebagai Puteri Emallyn. Berbalik pada novel ini, aku suka tengok kulit buku / muka depan Novel Hero Seorang Cinderella ini sebab cantik dan menarik. Jadi sambil - sambil tengok drama ini nanti di TV, jom baca novel ini secara online, just klik je link kat bawah ni ye. Link - link di bawah ini credit untuk blog penulis novel ini iaitu Anjell.
Baca Novel Online Hero Seorang Cinderella Bab 1 hingga Bab 25
Ini adalah kisah seorang Cinderella dan heronya. Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina. Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam. Macam mana Tengku Ian boleh menjadi hero seorang Cinderella? Al-kisahnya bermula pada suatu malam.
Bermulalah misi Tengku Ian untuk mendekati Medina. Terus-menerus si hero selamatkan Cinderellanya. Sehinggalah tersingkapnya satu rahsia.
“Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99.9% pilih untuk percaya.” – NURA MEDINA
“In the situation of 99.9% of distrust, I am your 0.1% that will trust you. Always.” – TENGKU IAN UZZAM
Itu janji Tengku Ian. Dan apabila Medina berada dalam situasi 99.9% itu, masihkah Tengku Ian menjadi 0.1% dia? Dan berjayakah Tengku Ian menjalankan amanah yang diberikan?
0 komentar:
Posting Komentar